Thursday, June 14, 2012


Khasiat Safron dan Minyak Morhabshi

Saya pernah menerima sms daripada seseorang bertanyakan tentang zafaron atau safron.

Bagi yang belum mengetahui tentang zafaron tersebut saya pernah mencatatkan dalam blog ini mengenai khasiatnya yang dianggap ajaib sebagaimana kata Saiyidina Ali ra bahawa orang yang mengamalkan Zaafaron mempunyai daya ingatan sehingga orang ramai menyangka sipengamal itu menggunakan sihir.

Berbalik pada sms tadi, sipenghantar bertanya pada saya sekiranya saya dapat memberitahu beliau cara untuk mendapatkan zafaron kerana ramai yang ingin mencuba.

Tertarik dengan sms tersebut, saya menelefon beliau kerana saya ingin tahu pengalaman beliau menggunakan hasil tumbuhan tersebut.

Sebenarnya saya ingin mengetahui cara lain menggunakan zaafaron. Setakat ini keluarga kami mencampurkan zaafaron ke dalam minyak Morhabshi sebagai salah satu daripada bahan ramuannya. Itulah yang diajarkan Ustaz Hj Abdul Hamid dalam meramu dan menghasilkan minyak Morhabshi.

Menurut pengirim sms tadi, zaafaron yang digunakannya adalah daripada Mekah dan dalam bentuk serbuk. Ia dimakan dengan air iaitu sebanyak sesudu teh.

Berdasarkan ceritanya, saya membuat kesimpulan bahawa zaafaron yang dimakannya bukanlah dalam bentuk asli. Hal ini kerana zaafaron asli berbentuk seperti bulu jagung.dan bukannya serbuk. Zafaron (Safron) adalah stigma bunga sejenis tumbuhan tetapi tidak boleh dimakan sebegitu banyak.

Malah, ladang seluas padang bola cuma mampu menghasilkan cuma 1-2 kg zaafaron, manakala harganya boleh mencapai ribuan ringgit untuk setiap kilogram!

Terdapat syarikat tempatan yang menjual zaafaron yang telah dicampurkan dengan air serta ditambah bahan lain termasuk rempah atau herba.

Saya berterima kasih kerana pengirim sms tersebut sudi menceritakan masalah sendi yang dihadapi sehingga beliau terpaksa menggunakan tongkat. Kini beliau sudah boleh berjalan seperti biasa dan itulah yang menyebabkan rakan-rakannya ingin mendapatkan zaafaron.

Saya maklumkan kepada beliau bahawa minyak Morhabshi yang kami warisi daripada Ustaz Hj Abdul Hamid juga adalah campuran zaafaron. Saya memberitahunya bahawa kami menerima beberapa pengakuan pengguna termasuk kes lumpuh, strok, bisa-bisa, lenguh-lenguh dan sebagainya yang disembuhkan selepas mengunakan minyak Morhabshi. Lihat web rasmi Morhabshi

Alhamdulillah dan semoga minyak Morhabshi akan dapat terus membantu bukan sahaja sebagai pengubatan alternatif malah elok disimpan di rumah untuk dimanafaatkan ketika kecemasan.

Berbalik pada Safron atau Zaafaron, anda boleh mencari maklumat tentang khasiatnya di dalam internet termasuk melalui Youtube. Memang mengagumkan.

Sememangnya kami sentiasa menyimpan stok Zaafaron atau Safron ini dalam kuantiti yang agak banyak. Maklumlah, kami memang memerlukannya sentiasa bagi dicampurkan bersama bahan lain dalam ramuan minyak morhabshi.


P/s; Saya petik dari http://www.morha.info/

No comments:

Post a Comment